BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 6, 2010

SAHABAT....

sahabat dan akak2 yg tersayang......

bersama........tersenyum.....

my dearest friends......

naik bukit......



posing dalam hujan............

sahabatku di matrix......


Alangkah ruginya seorang insan itu tidak mempunyai RAKAN, KAWAN, dan SAHABAT...
Rakan tempat kita berkongsi kegembiraan dan kedukaan...rakan lah yang menjadi cermin bagi seorang insan...jika baik rakannya, insyaAllah...baiklah diri insan
tersebut....

Rakan yang baik tidak hanya berdiri teguh disisi bila gembira...tapi tetap utuh dalam kesusahan yang dialami rakannya...

Rakan yang baik tidak akan menyakiti hati rakannya...tapi akan sentiasa menceriakan hidup rakan yang lain dan menyenagkan hati mereka...

Rakan yang baik tidak akan menceritakan aib rakannya yg lain....tapi akn sedaya upaya berjanji mempertahankan dan menjaga nama baik rakan yang lain dan tidak akan sekali-kali memungkiri janji tersebut walaupun kadangkala timbul sengketa....

Jadilah rakan yang baik kepada rakan2 anda....agar dapat menikmati kenikmatan hidup bersaudara.....ukhwahfillah abadan abada...












Friday, February 5, 2010

ALLAH...

Betapa bertuahnya kita dilahirkan dari rahim seorang wanita Islam.......

DARAH...LIMAU...





bismillahirrahmanirrahim....

hari ni saya dan sahabat menderma darah di gym anjuran senior unit G...
mula2...takut jugak...almaklumlah...name je ambik sains hayat di matrix...tapi rupanya baru tahu diri sendiri takut jarum...hehehe...
alhamdulillah...rupanya ada hikmah kenapa saya masuk maktab...tapi yang lagi musykil...macam mana sy nak bergelar seorang guru kalau bercakap di hadapan adalah satu perkara yg sy paling tak suke buat....hahah...
tak tahu lah macam mana nk cakap...insya Allah...akan diperbaiki dari semasa ke semasa...


saya tanyakan pada nurse yg bertugas mengambil darah saya..

"kalau darah orang melayu islam, kene beri pada melayu islam juga ke?''
nurse tu jawab..tak semestinya...kalau dah dalam keadaan darurat dan tak de darah orang melayu islam, takkan nak biar mangsa tu mati pulak....tapi seboleh bolehnya dan sedaya upaya nurse tu... mereka akn pastikan melayu islam dapat terima darah melayu islam juga...

sebabnya??

macam yang kita tahu...orang kafirkan makan 'ramuan' yg tak sepatutnya...dan minum minuman yg juga tak sepatutnya...dan kita juga tahu...yang makanan yg kita makan akan jadi sebahagian dari darah daging kita...

bukan hendak mengatakan kita terlalu cerewet dalam hal darurat pon..tapi sebolehnya kita menjaga....tapi kalau dah darurat...apa boleh buat...tawakkal kepada Allah sahaja kerana Dia Maha Mengetahui...dan Islam itu agama yang tidak menyusahkan penganutnya...

kerana itulah kita diharamkan memakan makanan yang haram(sudah tentulah)
syubhah dan makanan curi(tanpa keizinan..) kerana diakhirat kelak, api neraka akan masuk kedalam mulut hamba yg suatu ketika dulu pernah makan makanan haram dan membakar setiap bahagian yg terhasil atau dapat dari makanan haram tersebut...

kalau kita belajar sains...kita tahu yg makanan membekalkan sumber tenaga(glukos)...dan setiap mineral, protein dan bermacam lagi zat yg terhasil akn 'diagih-agihkan' pada cell...

untuk dimudahkan cerita, biar sy cerita lah kan....

contoh...ani curi sebijik limau dari kebun pak Ali... ani makan limau dan kita tahu yg limau sumber vitamin C....(dan bnyak lagilah)..bila limau dah terhadam...sme zat2 dalam limau tu akn diagihkan pada seluruh tubuh badan...termasuklah sekecik-kecik cell pon...jadi...berbalik pada hukuman tadi...bayangkan kalau Ani ni..(bukan sesiapa)... ditakdirkan msuk neraka...
api neraka ni akn membakar semua bahagian yg dapat zat dari limau yg dicuri oleh Ani tadi....jadi...cuba kawan-kawan bayangkan, kalau dah diagihkan ke seluruh tubuh badan dan semua cell yang kecik tu pon dapat... apa yang tinggal kalau tubuh kita dibakar api neraka...Na'uzubillahiminzalik....


saya tulis ni...bukan nak suruh sahabat diluar sana bergaduh dengan nurse@doktor supaya dapatkan jugak darah orang melayu islam...(kalau terjadi kemalangan)...tapi berfikir...

1.Islam terlalu mudah diaplikasikan...tapi kadang2 kita yang buat ianya nampak susah,,,sebab tulah smpai solat yang tak sampai 10 minit tu pon kita tinggal...

2. betapa Islam ini ajaran yg benar...semua yg tertulis dalam Al Quran semuanya benar dan terbukti dengan sains...kita tak perlu menjadi seorang doktor, baru kene tahu kaitan Islam dengan sains..tapi cukup sekadar kita mengaitkannya dan menggerakkan sedikit akal fikiran kita yg dikurniakan oleh Allah...

3.dermalah darah...hehehe....bagi sesiapa yg takut (konon2nya jarum dia besar sngat, )...semua tu hanya perasaan dan pemikiran sahaja....hihi....(atas pengalaman ye...)tak rasa apa2 pon...

4.derma darah juga dikira sedekah....semoga darah yg kita dermakan, dapat menyelamatkan seorang muslim...dan membantu sesiapa sahaja...bayangkan kalau darah yg kita dermakan, dan apabila sihat. hamba Allah yg menerima darah kita melaksanakan tuntutan Islam...Insya Allah, kita juga akn mendapat pahalanya...sama seperti kalau kita menanam pokok buah...apabila pokok itu berbuah, ramai orang makan buah tersebut...jadi..InsyaAllah ia akn menjadi sumber pahala kita yg berterusan...Amin...